Hidup
seorang  pelajar  ni tak dapat lari dari kesibukan . itu dah menjadi
perkara biasa, dalam proses menuntut ilmu sebagai seorang pelajar , ia menuntut
banyak kesabaran dalam diri seseorang. Ianya adalah satu PERJUANGAN.
Kita 
belajar dan menuntut ilmu kerana ia adalah kewajipan bagi seorang muslim, dan
adalah untuk masa depan kita juga. Apa kerjaya yang kita akan lakukan untuk
mencari rezeki yang halal. Itu untuk kehidupan di dunia. Ilmu yang kita belajar
adalah untuk mendapatkan keberkatan dan memperolehi  ganjaran pahala dan
keredhaan ALLAH swt. Selain ilmu keduniaan, kita juga perlu mendalami ilmu
agama sebagai persediaan  untuk masa hadapan  yang kekal iaitu hari
akhirat.
PENGORBANAN
MASA 
Antara
pengorbanan yang paling penting dalam hidup seorang pelajar adalah pengorbanan
masa. Pengorbanan masa penting kerana jika masa tidak di uruskan dengan baik ,
ia boleh memberi masalah kepada seorang pelajar .  masa yang ada banyak di
peruntukkan untuk belajar kerana pelajaran adalah lebih penting dari perkara2
lain. Masa yang ada digunakan untuk hadir ke muhadhoroh, membaca kitab,
menyiapkan kerja, melakukan tugasan  dan banyak lagi.
Adalah
merugikan  jika seorang pelajar mensia2kan masa yang ada dengan perkara2
yang tidak berfaedah dalam hidup mereka. Tidak salah untuk berseronok dengan
kawan2, tapi ianya perlu terkawal bagi mengelakkan masa dihabiskan dengan sia2
begitu saja sehingga boleh mengabaikan pelajaran.
PENGORBANAN WANG RINGGIT
Tak
semua benda kita akan dapat percuma, kalau dapat Alhamdulillah. Menuntut ilmu
mempunyai harga yang perlu kita bayar. Kita terpaksa mengeluarkan
perbelanjaan  dalam proses untuk mendapat dan menambahkan ilmu 
pengetahuan. Ibu bapa kita pulak banyak menghabiskan wang ringgit,berpenat
lelah,siang malam mencari rezeki  untuk kita dengan menghantar kita ke
sekolah dari kecil . pengorbanan dan jasa  ibu bapa memang terlalu besar
sekali.
Jika
dilihat semasa kita sedang belajar, banyak wang yang terpaksa dihabiskan untuk
membeli kitab2,alat2 tulis serta kelengkapan lain. Semuanya memerlukan wang
walaupun sikit. Ianya menuntut pengorbanan wang ringgit dari kita untuk
menuntut ilmu pengetahuan.
PENGORBANA FIZIKAL
Kita perlu
mengerahkan sedikit tenaga untuk menggerakkan tubuh badan kita untuk pergi ke
kelas. Sama ada berjalan kaki atau menaiki  kenderaan, ia
menuntut kekuatan fizikal yang ada pada diri kita supaya kita dapat
menghadirkan diri ke tempat menuntut ilmu tersebut. Jiks fizikal kita lemah
seperti tidak sihat, ia akan menyebabkan kita tidak dapat pergi ke muhadhoroh
 untuk belajar.
 Pengorbanan
fizikal seperti kepenatan adalah perkara biasa kerana kita sedang berusaha
untuk mendapat ilmu pengetahuan. Walaupun diri kita merasa penat namun ianya
sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai seorang yang sedang menuntut ilmu
tuhan . biar hari ini kita penat, namun hasilnya  adalah kejayaan 
dalam hidup kita di dunia mahupun di akhirat.
PENGORBANAN MENTAL
Sebagai
seorang pelajar kita akan sentiasa banyak berfikir dan mengingati ilmu yang
kita belajar. Kita perlu menghafal dan memehami banyak perkara dalam pelajaran
kita. Kita jangan perkara lain menggangu fikiran kita. Fikiran kita perlulah
lebih focus kepada pelajaran berbanding  dengan perkara2 tidak penting.
Kita
juga akan diberikan tugasan  dan juga akan menghadapi imtihan. Semua ini
adalah perkara biasa  atau sudah menjadi asam garam dalam kehidupan
seorang pelajar. Seorang pelajar perlu sentiasa rajin membaca dan muroja’ah
pelajaran mereka kerana ia adalah satu usaha yang dapat membantu kita Berjaya
dalam pelajaran. Perbuatan malas berusaha perlu dijauhkan sama sekali . Orang
yang tak sanggup berusaha adalah orang yang tak akan Berjaya.
PENGORBANAN KASIH SAYANG
Kasih
sayang dari ahli keluarga kita sendiri, kasih sayang dari orang yang tersayang.
Seorang pelajar yang terpaksa merantau jauh dari keluarga kerana meneruskan
perjuangan menuntut ilmu tuhan di tempat orang. Tidak dinafikan sesiapa saja
akan berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan ahli keluarga. Ianya menuntut
kesabaran dalam diri seorang pelajar  untuk tinggal berjauhan dengan ahli
keluarga.
Terpaksa
tinggal berjauhan dengan ahli keluarga adalah sementara waktu saja sehinggalah
kita tamat belajar. Namun begitu, pada zaman sekarang jarak bukan lagi
penghalang kerana kita dapaqt menghubungi mereka pada bila2 masa saja.
Dalam
hidup ini, kita sememangnya perlu berkorban demi mencapai kejayaan yang kita
inginkan . bagi seorang pelajar mereka perlu mengorbankan keseronokan yang
mereka inginkan demi kejayaan pada masa hadapan “ bersusah-susah dahulu,
bersenang-senang kemudian” aku akan sentiasa mengingati ayat ini yang datang
dari seorang sahabat yang sentiasa member nasihat dan dorongan kepada aku.
Walaupun ia hanya satu ayat yang ringkas saja,namun ia mempunyai maksud yang
dalam untuk difahami.
 Sebagai
seorang pelajar, kita perlu bersemangat untuk terus menimba ilimu pengetahuan
dalam diri kita. Jangan mudah putus asa dengan ujian dan kesuhan yang menimpa
diri. Kejayaan kita akan lebih bermakna  jika kita telah melalui dahulu
kesusahan  sebelum mengecapi kejayaan itu.





OK.bagusssss
ReplyDelete