FITT
F-Frequency (Kekerapan) iaitu kekerapan melakukan latihan dalam seminggu. Contohnya 4x seminggu merupakan frequency tinggi dan 1x seminggu adalah frequency yang rendah.
I-Intensity iaitu keupayaan seseorang melakukan aktiviti pada tahap maksimum.
T- Time ialah masa/tempoh yang digunakan diperuntukkan untuk sesuatu jenis latihan, jam/minit.
T- Type iaitu kepelbagaian latihan mengikut aspek-aspek komponen kecergasan fizikal. Sebagai contoh latihan untuk kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot dan komposisi badan serta kelenturan(flexibility)
Tuesday, 24 September 2013
Prinsip FITT
Prinsip-prinsip Am Latihan Kecergasan Fizikal
PRINSIP AM LATIHAN
LEBIHAN BEBAN (overload) -
Latihan kecergasan hanya berkesan bila dilakukan pada kadar melebihi tahap kemampuan normal (anggaran 55%). Rasionalnya supaya otot perlu beradaptasi terhadap peningkatan keperluan fisiologi semasa berlatih. Disamping itu,untuk:
LEBIHAN BEBAN (overload) -
Latihan kecergasan hanya berkesan bila dilakukan pada kadar melebihi tahap kemampuan normal (anggaran 55%). Rasionalnya supaya otot perlu beradaptasi terhadap peningkatan keperluan fisiologi semasa berlatih. Disamping itu,untuk:
- Kekuatan otot-perrlu terima aplikasi ringtangan yang lebih tinggi.
- Lentur-otot perlu diregang lebih daripada julat pergerakan yang normal.
- Daya tahan-otot perlu didedahkan kepada aktiviti dalam jangka masa yang lebih lama daripada biasa.
KEKHUSUSAN (Specificity) *Satu latihan, satu komponen
Sesuatu sesi latihan perlu khusus dari segi objektif prestasi. Sesi latihan adalah untuk meningkatkan kuasa otot, disamping itu memastikan aktiviti latihan berfokus kepada meningkatkan aspek kecergasan tersebut. Rasionalnya untuk kesan adaptasi fisiologi tinggi sekiranya aktiviti metabolisme sel tertumpu kepada sesuatu aspek. Ia juga untuk:
- Kuat-perlu menggunakan / mengaplikasi kaedah latihan ringtangan /beban sahaja pada sesi 1 latihan.
- Daya tahan kardivaskular- mengaplikasikan kaedah latihan yang berasaskan LSD (Long Slow Distance).
- Kuasa- Menggunakan kaedah latihan plyometric. Ansur Maju
ANSUR MAJU (Progression)
Latihan perlu mula di tahap rendah (kadar 55%) dan meningkat secara progresif ke tahap yang tinggi (sehingga 90% keupayaan), sejajar dengan peningkatan kecergasan dan kemahiran motor. Rasionalnya mengadaptasikan otot terhadap latihan berlaku beransur-ansur. Perubahan mendadak boleh mengakibatkan kecederaan. Untuk:
- Kuat- Ansur maju perlu berdasarkan kepada % peningkatan berdasarkan 1 RM (Repetisi/sub maksimum).
- Laju- ansur maju perlu berdasarkan penguasaan koordinasi dan kemahiran asas yang rlevan dengan aktiviti.
KEPELBAGAIAN (variability)
Sesi lat. p'lu ada variasi aktiviti bagi tujuan pembentukan kecergasan fizikal yang menyeluruh. Prinsip ini juga bertujuan mengelak pelatih daripada bosan dengan aktiviti latihan yang monotonus( sama).
Saturday, 14 September 2013
Pengorbanan Seorang Penuntut Ilmu
Hidup
seorang pelajar ni tak dapat lari dari kesibukan . itu dah menjadi
perkara biasa, dalam proses menuntut ilmu sebagai seorang pelajar , ia menuntut
banyak kesabaran dalam diri seseorang. Ianya adalah satu PERJUANGAN.
Kita
belajar dan menuntut ilmu kerana ia adalah kewajipan bagi seorang muslim, dan
adalah untuk masa depan kita juga. Apa kerjaya yang kita akan lakukan untuk
mencari rezeki yang halal. Itu untuk kehidupan di dunia. Ilmu yang kita belajar
adalah untuk mendapatkan keberkatan dan memperolehi ganjaran pahala dan
keredhaan ALLAH swt. Selain ilmu keduniaan, kita juga perlu mendalami ilmu
agama sebagai persediaan untuk masa hadapan yang kekal iaitu hari
akhirat.
PENGORBANAN
MASA
Antara
pengorbanan yang paling penting dalam hidup seorang pelajar adalah pengorbanan
masa. Pengorbanan masa penting kerana jika masa tidak di uruskan dengan baik ,
ia boleh memberi masalah kepada seorang pelajar . masa yang ada banyak di
peruntukkan untuk belajar kerana pelajaran adalah lebih penting dari perkara2
lain. Masa yang ada digunakan untuk hadir ke muhadhoroh, membaca kitab,
menyiapkan kerja, melakukan tugasan dan banyak lagi.
Adalah
merugikan jika seorang pelajar mensia2kan masa yang ada dengan perkara2
yang tidak berfaedah dalam hidup mereka. Tidak salah untuk berseronok dengan
kawan2, tapi ianya perlu terkawal bagi mengelakkan masa dihabiskan dengan sia2
begitu saja sehingga boleh mengabaikan pelajaran.
PENGORBANAN WANG RINGGIT
Tak
semua benda kita akan dapat percuma, kalau dapat Alhamdulillah. Menuntut ilmu
mempunyai harga yang perlu kita bayar. Kita terpaksa mengeluarkan
perbelanjaan dalam proses untuk mendapat dan menambahkan ilmu
pengetahuan. Ibu bapa kita pulak banyak menghabiskan wang ringgit,berpenat
lelah,siang malam mencari rezeki untuk kita dengan menghantar kita ke
sekolah dari kecil . pengorbanan dan jasa ibu bapa memang terlalu besar
sekali.
Jika
dilihat semasa kita sedang belajar, banyak wang yang terpaksa dihabiskan untuk
membeli kitab2,alat2 tulis serta kelengkapan lain. Semuanya memerlukan wang
walaupun sikit. Ianya menuntut pengorbanan wang ringgit dari kita untuk
menuntut ilmu pengetahuan.
PENGORBANA FIZIKAL
Kita perlu
mengerahkan sedikit tenaga untuk menggerakkan tubuh badan kita untuk pergi ke
kelas. Sama ada berjalan kaki atau menaiki kenderaan, ia
menuntut kekuatan fizikal yang ada pada diri kita supaya kita dapat
menghadirkan diri ke tempat menuntut ilmu tersebut. Jiks fizikal kita lemah
seperti tidak sihat, ia akan menyebabkan kita tidak dapat pergi ke muhadhoroh
untuk belajar.
Pengorbanan
fizikal seperti kepenatan adalah perkara biasa kerana kita sedang berusaha
untuk mendapat ilmu pengetahuan. Walaupun diri kita merasa penat namun ianya
sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai seorang yang sedang menuntut ilmu
tuhan . biar hari ini kita penat, namun hasilnya adalah kejayaan
dalam hidup kita di dunia mahupun di akhirat.
PENGORBANAN MENTAL
Sebagai
seorang pelajar kita akan sentiasa banyak berfikir dan mengingati ilmu yang
kita belajar. Kita perlu menghafal dan memehami banyak perkara dalam pelajaran
kita. Kita jangan perkara lain menggangu fikiran kita. Fikiran kita perlulah
lebih focus kepada pelajaran berbanding dengan perkara2 tidak penting.
Kita
juga akan diberikan tugasan dan juga akan menghadapi imtihan. Semua ini
adalah perkara biasa atau sudah menjadi asam garam dalam kehidupan
seorang pelajar. Seorang pelajar perlu sentiasa rajin membaca dan muroja’ah
pelajaran mereka kerana ia adalah satu usaha yang dapat membantu kita Berjaya
dalam pelajaran. Perbuatan malas berusaha perlu dijauhkan sama sekali . Orang
yang tak sanggup berusaha adalah orang yang tak akan Berjaya.
PENGORBANAN KASIH SAYANG
Kasih
sayang dari ahli keluarga kita sendiri, kasih sayang dari orang yang tersayang.
Seorang pelajar yang terpaksa merantau jauh dari keluarga kerana meneruskan
perjuangan menuntut ilmu tuhan di tempat orang. Tidak dinafikan sesiapa saja
akan berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan ahli keluarga. Ianya menuntut
kesabaran dalam diri seorang pelajar untuk tinggal berjauhan dengan ahli
keluarga.
Terpaksa
tinggal berjauhan dengan ahli keluarga adalah sementara waktu saja sehinggalah
kita tamat belajar. Namun begitu, pada zaman sekarang jarak bukan lagi
penghalang kerana kita dapaqt menghubungi mereka pada bila2 masa saja.
Dalam
hidup ini, kita sememangnya perlu berkorban demi mencapai kejayaan yang kita
inginkan . bagi seorang pelajar mereka perlu mengorbankan keseronokan yang
mereka inginkan demi kejayaan pada masa hadapan “ bersusah-susah dahulu,
bersenang-senang kemudian” aku akan sentiasa mengingati ayat ini yang datang
dari seorang sahabat yang sentiasa member nasihat dan dorongan kepada aku.
Walaupun ia hanya satu ayat yang ringkas saja,namun ia mempunyai maksud yang
dalam untuk difahami.

Subscribe to:
Posts (Atom)