FITT
F-Frequency (Kekerapan) iaitu kekerapan melakukan latihan dalam seminggu. Contohnya 4x seminggu merupakan frequency tinggi dan 1x seminggu adalah frequency yang rendah.
I-Intensity iaitu keupayaan seseorang melakukan aktiviti pada tahap maksimum.
T- Time ialah masa/tempoh yang digunakan diperuntukkan untuk sesuatu jenis latihan, jam/minit.
T- Type iaitu kepelbagaian latihan mengikut aspek-aspek komponen kecergasan fizikal. Sebagai contoh latihan untuk kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot dan komposisi badan serta kelenturan(flexibility)
KeSedeRhANaaN KeMuliAan (A141365)
MOHAMED ERWAN TUHAIMI
Tuesday, 24 September 2013
Prinsip FITT
Prinsip-prinsip Am Latihan Kecergasan Fizikal
PRINSIP AM LATIHAN
LEBIHAN BEBAN (overload) -
Latihan kecergasan hanya berkesan bila dilakukan pada kadar melebihi tahap kemampuan normal (anggaran 55%). Rasionalnya supaya otot perlu beradaptasi terhadap peningkatan keperluan fisiologi semasa berlatih. Disamping itu,untuk:
LEBIHAN BEBAN (overload) -
Latihan kecergasan hanya berkesan bila dilakukan pada kadar melebihi tahap kemampuan normal (anggaran 55%). Rasionalnya supaya otot perlu beradaptasi terhadap peningkatan keperluan fisiologi semasa berlatih. Disamping itu,untuk:
- Kekuatan otot-perrlu terima aplikasi ringtangan yang lebih tinggi.
- Lentur-otot perlu diregang lebih daripada julat pergerakan yang normal.
- Daya tahan-otot perlu didedahkan kepada aktiviti dalam jangka masa yang lebih lama daripada biasa.
KEKHUSUSAN (Specificity) *Satu latihan, satu komponen
Sesuatu sesi latihan perlu khusus dari segi objektif prestasi. Sesi latihan adalah untuk meningkatkan kuasa otot, disamping itu memastikan aktiviti latihan berfokus kepada meningkatkan aspek kecergasan tersebut. Rasionalnya untuk kesan adaptasi fisiologi tinggi sekiranya aktiviti metabolisme sel tertumpu kepada sesuatu aspek. Ia juga untuk:
- Kuat-perlu menggunakan / mengaplikasi kaedah latihan ringtangan /beban sahaja pada sesi 1 latihan.
- Daya tahan kardivaskular- mengaplikasikan kaedah latihan yang berasaskan LSD (Long Slow Distance).
- Kuasa- Menggunakan kaedah latihan plyometric. Ansur Maju
ANSUR MAJU (Progression)
Latihan perlu mula di tahap rendah (kadar 55%) dan meningkat secara progresif ke tahap yang tinggi (sehingga 90% keupayaan), sejajar dengan peningkatan kecergasan dan kemahiran motor. Rasionalnya mengadaptasikan otot terhadap latihan berlaku beransur-ansur. Perubahan mendadak boleh mengakibatkan kecederaan. Untuk:
- Kuat- Ansur maju perlu berdasarkan kepada % peningkatan berdasarkan 1 RM (Repetisi/sub maksimum).
- Laju- ansur maju perlu berdasarkan penguasaan koordinasi dan kemahiran asas yang rlevan dengan aktiviti.
KEPELBAGAIAN (variability)
Sesi lat. p'lu ada variasi aktiviti bagi tujuan pembentukan kecergasan fizikal yang menyeluruh. Prinsip ini juga bertujuan mengelak pelatih daripada bosan dengan aktiviti latihan yang monotonus( sama).
Saturday, 14 September 2013
Pengorbanan Seorang Penuntut Ilmu
Hidup
seorang pelajar ni tak dapat lari dari kesibukan . itu dah menjadi
perkara biasa, dalam proses menuntut ilmu sebagai seorang pelajar , ia menuntut
banyak kesabaran dalam diri seseorang. Ianya adalah satu PERJUANGAN.
Kita
belajar dan menuntut ilmu kerana ia adalah kewajipan bagi seorang muslim, dan
adalah untuk masa depan kita juga. Apa kerjaya yang kita akan lakukan untuk
mencari rezeki yang halal. Itu untuk kehidupan di dunia. Ilmu yang kita belajar
adalah untuk mendapatkan keberkatan dan memperolehi ganjaran pahala dan
keredhaan ALLAH swt. Selain ilmu keduniaan, kita juga perlu mendalami ilmu
agama sebagai persediaan untuk masa hadapan yang kekal iaitu hari
akhirat.
PENGORBANAN
MASA
Antara
pengorbanan yang paling penting dalam hidup seorang pelajar adalah pengorbanan
masa. Pengorbanan masa penting kerana jika masa tidak di uruskan dengan baik ,
ia boleh memberi masalah kepada seorang pelajar . masa yang ada banyak di
peruntukkan untuk belajar kerana pelajaran adalah lebih penting dari perkara2
lain. Masa yang ada digunakan untuk hadir ke muhadhoroh, membaca kitab,
menyiapkan kerja, melakukan tugasan dan banyak lagi.
Adalah
merugikan jika seorang pelajar mensia2kan masa yang ada dengan perkara2
yang tidak berfaedah dalam hidup mereka. Tidak salah untuk berseronok dengan
kawan2, tapi ianya perlu terkawal bagi mengelakkan masa dihabiskan dengan sia2
begitu saja sehingga boleh mengabaikan pelajaran.
PENGORBANAN WANG RINGGIT
Tak
semua benda kita akan dapat percuma, kalau dapat Alhamdulillah. Menuntut ilmu
mempunyai harga yang perlu kita bayar. Kita terpaksa mengeluarkan
perbelanjaan dalam proses untuk mendapat dan menambahkan ilmu
pengetahuan. Ibu bapa kita pulak banyak menghabiskan wang ringgit,berpenat
lelah,siang malam mencari rezeki untuk kita dengan menghantar kita ke
sekolah dari kecil . pengorbanan dan jasa ibu bapa memang terlalu besar
sekali.
Jika
dilihat semasa kita sedang belajar, banyak wang yang terpaksa dihabiskan untuk
membeli kitab2,alat2 tulis serta kelengkapan lain. Semuanya memerlukan wang
walaupun sikit. Ianya menuntut pengorbanan wang ringgit dari kita untuk
menuntut ilmu pengetahuan.
PENGORBANA FIZIKAL
Kita perlu
mengerahkan sedikit tenaga untuk menggerakkan tubuh badan kita untuk pergi ke
kelas. Sama ada berjalan kaki atau menaiki kenderaan, ia
menuntut kekuatan fizikal yang ada pada diri kita supaya kita dapat
menghadirkan diri ke tempat menuntut ilmu tersebut. Jiks fizikal kita lemah
seperti tidak sihat, ia akan menyebabkan kita tidak dapat pergi ke muhadhoroh
untuk belajar.
Pengorbanan
fizikal seperti kepenatan adalah perkara biasa kerana kita sedang berusaha
untuk mendapat ilmu pengetahuan. Walaupun diri kita merasa penat namun ianya
sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai seorang yang sedang menuntut ilmu
tuhan . biar hari ini kita penat, namun hasilnya adalah kejayaan
dalam hidup kita di dunia mahupun di akhirat.
PENGORBANAN MENTAL
Sebagai
seorang pelajar kita akan sentiasa banyak berfikir dan mengingati ilmu yang
kita belajar. Kita perlu menghafal dan memehami banyak perkara dalam pelajaran
kita. Kita jangan perkara lain menggangu fikiran kita. Fikiran kita perlulah
lebih focus kepada pelajaran berbanding dengan perkara2 tidak penting.
Kita
juga akan diberikan tugasan dan juga akan menghadapi imtihan. Semua ini
adalah perkara biasa atau sudah menjadi asam garam dalam kehidupan
seorang pelajar. Seorang pelajar perlu sentiasa rajin membaca dan muroja’ah
pelajaran mereka kerana ia adalah satu usaha yang dapat membantu kita Berjaya
dalam pelajaran. Perbuatan malas berusaha perlu dijauhkan sama sekali . Orang
yang tak sanggup berusaha adalah orang yang tak akan Berjaya.
PENGORBANAN KASIH SAYANG
Kasih
sayang dari ahli keluarga kita sendiri, kasih sayang dari orang yang tersayang.
Seorang pelajar yang terpaksa merantau jauh dari keluarga kerana meneruskan
perjuangan menuntut ilmu tuhan di tempat orang. Tidak dinafikan sesiapa saja
akan berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan ahli keluarga. Ianya menuntut
kesabaran dalam diri seorang pelajar untuk tinggal berjauhan dengan ahli
keluarga.
Terpaksa
tinggal berjauhan dengan ahli keluarga adalah sementara waktu saja sehinggalah
kita tamat belajar. Namun begitu, pada zaman sekarang jarak bukan lagi
penghalang kerana kita dapaqt menghubungi mereka pada bila2 masa saja.
Dalam
hidup ini, kita sememangnya perlu berkorban demi mencapai kejayaan yang kita
inginkan . bagi seorang pelajar mereka perlu mengorbankan keseronokan yang
mereka inginkan demi kejayaan pada masa hadapan “ bersusah-susah dahulu,
bersenang-senang kemudian” aku akan sentiasa mengingati ayat ini yang datang
dari seorang sahabat yang sentiasa member nasihat dan dorongan kepada aku.
Walaupun ia hanya satu ayat yang ringkas saja,namun ia mempunyai maksud yang
dalam untuk difahami.

Friday, 21 December 2012
Refleksi Minggu Ke-14
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Terima kasih kerana sudi mengunjungi halaman ini.
Minggu ini merupakan kelas terakhir bagi semester 1 2012/2013, kelas komputer dalam pendidikan.Saya amat bersyukur kerana dapat habiskan kelas selama 14 minggu dan dapat mengikuti pembelajaran dengan jayanya.
Hari ini mengenai EXCEL,hari ini saya mempelajari cara nak analisis markah peperiksaan melalui Microsoft Excel.Pembelajaran ini amat penting bagi saya kerana ia melibatkan tugasan sebagai seorang guru suatu masa nanti.Bagi yang melintang dipanggil baris/row bagi yang menegak pula dipanggil colum/lajur.Setiap kotak-kotak mempunyai namanya yang tersendiri antaranya A:1,B:1 dan seterusya.
Ini merupakan langkah yang pertama untuk membuat analisis peperiksaan
Langkah yang kedua,perlu tulis nama pelajar dan subjek.
Ini merupakan analisis yang terakhir,iaitu mempunyai data dan carta pai.
Hari ini juga pelbagai cara dan teknik yang telah saya pelajari untuk membuat pengiraan dengan menggunakan microsoft excel.Bagi memudahkan kerja pengiraan,kita perlu klik pada petak markah pertama murid,lepas tu klik dekat jumlah dan tekan Auto Sum,setelah itu ia akan keluar range dan anda perlu tekan enter dan klik markah tertinggi,contohnya 244.Bagi mencari kedudukan pelajar pula ,anda perlu klik(A) dan pergi kat home seterusnya insert dan klik insert cells.Bagi memudahkan pengiraan,kita boleh klick pada kotak pertama,selepas itu kita akan menemui kotak kecil dan klik disitu serta tarik,secara automatiknya ia akan mengira jumlahnya.
Dibawah ini adalah formula untuk menyusun dan mengira mengikut jumlah markah
- Markah tertinggi- Max
- Markah Terendah- Min
- Markah purata- Average
- Sisihan piawai- stdev
- Titik tengah- Median
- Mod- Mode
Bagi membuang titik perpuluhan kita boleh tekan home dan clicks number.Seterusnya bagi menentukan gred kita perlu gunakan Vlookup.Pertama kita perlu click formulas and then insert function,seterusnya isi yang diminta:
Bagi lookup value anda perlu klik pada markah pertama,untuk tanble array nama yang daftar sebelum ini,bagi col index num isi dengan no 2 keran diambil 2 colum markah dan gred.Bagi range pula perlu tulis true kerana mahu tahu markah
Bagi menetukan gred kita perlu tekan pada subjek contonya BM,selepas itu tekan formulas,insert function,coun,isikan value dan ok.
seterusnya saya ditugaskan untuk menyiapkan penyata kewangan peribadi.Bagi membuat pengiraan kita perlu menggunakan Auto sum.Hal ini dapat membantu dalam membuat pengiraan secara terperinci dan membantu membuat bajet kewangan seseorang mahupun sesebuah organisasi.
Kalau ada menjemur papan panjang
Baik disusun tegak berdiri,
Kalau lah ada umur panjang,
Insyaallah kita akan berjumpa lagi..
Sekian terima kasih.
Monday, 17 December 2012
Refleksi Minggu ke-13
Assalamualaikum dan salam sejahtera pembuka bicara,
Minggu ini , saya telah melaksanakan tugasan berkaitan Microsft Power Point . Tugasan dilakukan secara berpasangan,iaitu saya dan Nazri pasangan dalam kumpulan saya.
Saya dan Nazri telah menghasilkan satu slide berkaitan dengan tajuk yang telah diperolehi dahulu , iaitu komunikasi dan literasi visual.Dalam slide tersebut kami membina sebanyak empat soalan berkaitan dengan tajuk tersebut.seterusnya kami hyperlink antara soalan dan jawapan yang btul dan salah.Antara contohnya ialah:
Soalan 1
Soalan 2 mempunyai 4 jawapan iaitu a,b,c dan d,sekiranya jawapan yang dijawab salah ia akan menunjukkan jawapan salah dan boleh cuba untuk beberapa kali bagi mencari jawapan yang tepat.Sekiranya jawapan betul ia akan keluar perkatan 'tahniah'.
Soalan 3 mempunyai 4 jawapan juga iaitu a,b,c dan d,sekiranya jawapan yang dijawab salah ia akan menunjukkan jawapan salah dan boleh cuba untuk beberapa kali bagi mencari jawapan yang tepat.Sekiranya jawapan betul ia akan keluar perkatan 'tahniah'.
Sekian ini sahaja coretan saya pada minggu ini..
Sekian terima kasih.
Minggu ini , saya telah melaksanakan tugasan berkaitan Microsft Power Point . Tugasan dilakukan secara berpasangan,iaitu saya dan Nazri pasangan dalam kumpulan saya.
Saya dan Nazri telah menghasilkan satu slide berkaitan dengan tajuk yang telah diperolehi dahulu , iaitu komunikasi dan literasi visual.Dalam slide tersebut kami membina sebanyak empat soalan berkaitan dengan tajuk tersebut.seterusnya kami hyperlink antara soalan dan jawapan yang btul dan salah.Antara contohnya ialah:
Soalan 1
Soalan satu mempunyai 3 jawapan iaitu a,b dan c,sekiranya jawapan yang dijawab salah ia akan menunjukan jawapan salah dan boleh cuba untuk beberapa kali.Hal ini kerana kami telah hyperlink antara japan betul dan salah.
Soalan 3 mempunyai 4 jawapan juga iaitu a,b,c dan d,sekiranya jawapan yang dijawab salah ia akan menunjukkan jawapan salah dan boleh cuba untuk beberapa kali bagi mencari jawapan yang tepat.Sekiranya jawapan betul ia akan keluar perkatan 'tahniah'.
Soalan 4 mempunyai 4 jawapan juga iaitu a,b,c dan d,sekiranya jawapan yang dijawab salah ia akan menunjukan jawapan salah dan boleh cuba untuk beberapa kali bagi mencari jawapan yang tepat.Sekiranya jawapan betul ia akan keluar perkatan 'tahniah'.
Gambar diatas merupakan power point jawapan yang salah.Sekiranya audiens salah menjawab ia akan keluar gambar diatas dan audiens boleh mencuba lagi antara soalan satu hingga empat.
Gambar diatas merupakan power point jawapan yang betul.Sekiranya audiens jawab dengan tepat ia akan keluar gambar diatas dan audiens boleh meneruskan dengan soalan lain.
Sekian ini sahaja coretan saya pada minggu ini..
Sekian terima kasih.
Thursday, 13 December 2012
Refleksi Minggu ke-12
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Minggu ini merupakan minggu ke-12 pembelajaran saya dkt ukM. minggu ni saya bljar mengenai CASPER,GUI dan sebagainya.
CASPER merupakan satu teknik dalam membina persembahan elektronik power point yang meliputi penyusunan media seperti teks,grafik,animasi dan video.Teknik ini penting untuk menghasilkan satu persembahan yang menarik,berkesan dan dapat menarik minat rang ramai terhaap penyampaian persembahan/paparan yang disediakan.Casper juga merupakan akronim kepada perkataan contrast,alignment,simplicity,proximity,emphasis dan repetition.
Bagi menunjukkan perbezaan antara dua objek, pembangun perisianperlulah memilih warna yang kontra (warna gelap dengan warna terang).Kontra juga digunakan untuk membezakan antara unsur dengan latarbelakang paparan. Selain daripada membezakan dua item yang berlainan,kontra adalah salah satu cara yang paling berkesan untuk menambahkantarikan atau perhatian terhadap sesuatu reka bentuk.Selain daripada perbezaan warna, kontra juga boleh ditonjolkan denganperbezaan font, objek besar dan kecil, garis halus dengan kasar, tekstur licindengan kasar, unsur mendatar dengan menegak, garis berjauhan denganberdekatan dan grafik kecil dengan besar.
Contrast boleh diaplikasikan dengan pelbagai cara. Antaranya ialah,
- font jenis besar dan jenis kecil
- font berlainan muka taip
- garis halus dan garis kasar
- warna sejuk dan warna hangat
- tekstur licin dan tekstur kasar
- unsur mendatar dan unsur menegak
- garis berjauhan dan garis berdekatan satu sama lain
- grafik kecil dan grafik besar
2. Alignment (Susunan Lurus)Dalam prinsip alignment, setiap item yang hendak diletakkan dalam mukaperisian perlulah seimbang dengan muka perisian agar kelihatan menarik.Pembangun perisian seharusnya pandai menyusun item-item yang ingindipersembahkan supaya ia kelihatan seimbang. Dengan kata lain, dalamprinsip Alignment, item perlu disusun supaya tidak janggal. Item jugaperlu mempunyai kaitan secara visual antara satu sama lain di setiappaparan perisian.
3. Simplicity (Mudah)Grafik dan animasi perlu ringkas dan dapat merangsangkan penggunamemahami maksud yang hendak disampaikan. Dengan kata lain sesuatubahan grafik dan bahan yang diletakkan di atas muka perisian seharusnyadapat memudahkan penerokaan dan merangsangkan pemikiran. Visualyang dipilih perlulah ringkas, bersesuaian dengan pengguna dan mudahdifahami. Dengan kata lain, penggunaan grafik dan elemen media dalamperisian yang dibina perlulah membantu pengguna melayari perisiandengan mudah. Sekeping gambar yang ringkas contohnya, lebih bermaknadari teks yang panjang lebar.
4. Proximity (Berhampiran)Dalam prinsip proximity item yang digunakan dalam muka perisianperlulah dikumpulkan pada satu kawasan, supaya pengguna dapat melihatkesinambungan yang wujud antara item. Pengumpulan item membuatkanpengguna merasa selesa kerana item-item yang berkaitan dilihat sebagaisatu kumpulan dan tidak terpisah-pisah. Oleh yang demikian, elemen iniakan menjadi satu unit visual daripada beberapa unit terpisah.
5. Emphasis (Penekanan)Pembangun perisian perlu menggunakan cara tertentu bagi memberipenekanan terhadap perkara yang dirasakan penting. Pelbagai caradigunakan oleh pembangun perisian untuk menarik perhatian pengguna.Namun begitu adalah dinasihati supaya pembangun perisian tidakmenggunakan terlalu banyak elemen sampingan untuk menarik perhatianpengguna, yang mana akan menyebabkan tumpuan pengguna lebihkepada elemen sampingan.
6. Repetition (Pengulangan)
Dalam prinsip repetition terdapat satu piawai antara muka perisian supayapengguna akan dapat mentafsir dan memahami dengan mudah arahanyang diberikan oleh perisian. Pengulangan menggunakan persembahanmedia yang berlainan akan membantu pemahaman pengguna. Ini adalahkerana pengguna perisian terdiri daripada mereka yang mempunyaikecenderungan yang terhadap media
Pelbagai cara boleh digunakan untuk menarik perhatian penonton dan pengguna perisisan kursus termasuk:
- saiz teks dan objek
- bentuk teks dan objek
- susun atur teks dan objek
- warna teks, warna objek dan warna latar
- grafik dan animasi
- saiz teks dan objek
- bentuk teks dan objek
- susun atur teks dan objek
- warna teks, warna objek dan warna latar
- grafik dan animasi
- saiz teks dan objek
- bentuk teks dan objek
- susun atur teks dan objek
- warna teks, warna objek dan warna latar
- grafik dan animasi
GUI (Graphical User Interface) pula merupakan program yang menggunakan elemen grafik seperti ikon untuk mewakili maklumat, arahan, fail dan juga program tertentu yang lain. Ianya menggunakan grafik yang menarik untuk menggantikan penggunaan yang berbentuk teks. Pengguna boleh mengawal segala aspek perkakasn dan perisian komputer dengan hanya menggerakkan dan memanipulasi objek atau ikon grafik yang dipaparkan pada skrin Contoh sisitem yang menggunakan GUI ialah Microsoft Windows.
Kelebihan GUI
- Reka bentuk grafik yang lebih menarik
- Membolehkan pengguna untuk berinterksi dengan komputer secara lebih baik
- Memudahkan pengguna
- Menarik minat pengguna
- Resolusi gambar yang tinggi
- Memahirkan pengguna dengan cepat
- Menjimatkan masa
- Mempelbagaikan cara untuk pengguna menggunakan aplikasi
Kekurangan GUI
Subscribe to:
Posts (Atom)