Friday, 21 December 2012

Refleksi Minggu Ke-14


   Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Terima kasih kerana sudi mengunjungi halaman ini.



Minggu ini merupakan kelas terakhir bagi semester 1 2012/2013, kelas komputer dalam pendidikan.Saya amat bersyukur kerana dapat habiskan kelas selama 14 minggu dan dapat mengikuti pembelajaran dengan jayanya.

Hari ini mengenai EXCEL,hari ini saya mempelajari cara nak analisis markah peperiksaan melalui Microsoft Excel.Pembelajaran ini amat penting bagi saya kerana ia melibatkan tugasan sebagai seorang guru suatu masa nanti.Bagi yang melintang dipanggil baris/row bagi yang menegak pula dipanggil colum/lajur.Setiap kotak-kotak mempunyai namanya yang tersendiri antaranya A:1,B:1 dan seterusya.

                                         

                        Ini merupakan langkah yang pertama untuk membuat analisis peperiksaan


                                        Langkah yang kedua,perlu tulis nama pelajar dan subjek.

             Langkah ketiga adalah masukkan markah dan kira markah tertinggi serta kedudukan pelajar


Ini merupakan analisis yang terakhir,iaitu mempunyai data dan carta pai. 


      Hari ini juga pelbagai cara dan teknik yang telah saya pelajari untuk membuat pengiraan dengan menggunakan microsoft excel.Bagi memudahkan kerja pengiraan,kita perlu klik pada petak markah pertama murid,lepas tu klik dekat jumlah dan tekan Auto Sum,setelah itu ia akan keluar range dan anda perlu tekan enter dan klik markah tertinggi,contohnya 244.Bagi mencari kedudukan pelajar pula ,anda perlu klik(A) dan pergi kat home seterusnya insert dan klik insert cells.Bagi memudahkan pengiraan,kita boleh klick pada kotak pertama,selepas itu kita akan menemui kotak kecil dan klik disitu serta tarik,secara automatiknya ia akan mengira jumlahnya.

Dibawah ini adalah formula untuk menyusun dan mengira mengikut jumlah  markah

  • Markah tertinggi- Max
  • Markah Terendah- Min
  • Markah purata- Average
  • Sisihan piawai- stdev
  • Titik tengah- Median
  • Mod- Mode
Bagi membuang titik perpuluhan kita boleh tekan home dan clicks number.Seterusnya bagi menentukan gred kita perlu gunakan Vlookup.Pertama kita perlu click formulas and then insert function,seterusnya isi yang diminta:
Bagi lookup value anda perlu  klik  pada markah pertama,untuk tanble array nama yang daftar sebelum ini,bagi col index num isi dengan no 2 keran diambil 2 colum markah dan gred.Bagi range pula perlu tulis true kerana mahu tahu markah

Bagi menetukan gred kita perlu tekan pada subjek contonya BM,selepas itu tekan formulas,insert function,coun,isikan value dan ok.

seterusnya saya ditugaskan untuk menyiapkan penyata kewangan peribadi.Bagi membuat pengiraan kita perlu menggunakan Auto sum.Hal ini dapat membantu dalam membuat pengiraan secara terperinci dan membantu membuat bajet kewangan seseorang mahupun sesebuah organisasi.


Kalau ada menjemur papan panjang
Baik  disusun tegak berdiri,
Kalau lah ada umur panjang,
Insyaallah kita akan berjumpa lagi..

Sekian terima kasih.

   

Monday, 17 December 2012

Refleksi Minggu ke-13

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembuka bicara,


              Minggu ini , saya telah melaksanakan tugasan berkaitan Microsft Power Point . Tugasan dilakukan secara berpasangan,iaitu saya dan Nazri pasangan dalam kumpulan saya.
Saya dan Nazri telah menghasilkan satu slide berkaitan dengan tajuk yang telah diperolehi dahulu , iaitu komunikasi dan literasi visual.Dalam slide tersebut kami membina sebanyak empat soalan berkaitan dengan tajuk tersebut.seterusnya kami hyperlink antara soalan dan jawapan yang btul dan salah.Antara contohnya ialah:

Soalan 1




    Soalan satu mempunyai 3 jawapan iaitu a,b dan c,sekiranya jawapan yang dijawab salah ia akan menunjukan jawapan salah dan boleh cuba untuk beberapa kali.Hal ini kerana kami telah hyperlink antara japan betul dan salah.


 Soalan 2 mempunyai 4 jawapan iaitu a,b,c dan d,sekiranya jawapan yang dijawab salah ia akan menunjukkan jawapan salah dan boleh cuba untuk beberapa kali bagi mencari jawapan yang tepat.Sekiranya jawapan betul ia akan keluar perkatan 'tahniah'.









Soalan 3 mempunyai 4 jawapan juga iaitu a,b,c dan d,sekiranya jawapan yang dijawab salah ia akan menunjukkan jawapan salah dan boleh cuba untuk beberapa kali bagi mencari jawapan yang tepat.Sekiranya jawapan betul ia akan keluar perkatan 'tahniah'.


















Soalan 4 mempunyai 4 jawapan juga iaitu a,b,c dan d,sekiranya jawapan yang dijawab salah ia akan menunjukan jawapan salah dan boleh cuba untuk beberapa kali bagi mencari jawapan yang tepat.Sekiranya jawapan betul ia akan keluar perkatan 'tahniah'.




      Gambar diatas merupakan power point jawapan yang salah.Sekiranya audiens salah menjawab ia akan keluar gambar diatas dan audiens boleh mencuba lagi antara soalan satu hingga empat.





Gambar diatas merupakan power point jawapan yang betul.Sekiranya audiens jawab dengan tepat ia akan keluar gambar diatas dan audiens boleh meneruskan dengan soalan lain.




Sekian ini sahaja coretan saya pada minggu ini..
Sekian terima kasih.


Thursday, 13 December 2012

Refleksi Minggu ke-12


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.


       Minggu ini merupakan minggu ke-12 pembelajaran saya dkt ukM. minggu ni saya bljar mengenai CASPER,GUI dan sebagainya.
 CASPER merupakan satu teknik dalam membina persembahan elektronik power point yang meliputi penyusunan media seperti teks,grafik,animasi dan video.Teknik ini penting untuk menghasilkan satu persembahan yang menarik,berkesan dan dapat menarik minat rang ramai terhaap penyampaian persembahan/paparan yang disediakan.Casper juga merupakan akronim kepada perkataan contrast,alignment,simplicity,proximity,emphasis dan repetition.






1.  Contrast (Pebezaan yang Ketara)
  Bagi menunjukkan perbezaan antara dua objek, pembangun perisianperlulah memilih warna yang kontra (warna gelap dengan warna terang).Kontra juga digunakan untuk membezakan antara unsur dengan latarbelakang paparan. Selain daripada membezakan dua item yang berlainan,kontra adalah salah satu cara yang paling berkesan untuk menambahkantarikan atau perhatian terhadap sesuatu reka bentuk.Selain daripada perbezaan warna, kontra juga boleh ditonjolkan denganperbezaan font, objek besar dan kecil, garis halus dengan kasar, tekstur licindengan kasar, unsur mendatar dengan menegak, garis berjauhan denganberdekatan dan grafik kecil dengan besar.
    Contrast  boleh diaplikasikan dengan pelbagai cara. Antaranya ialah,

  •  font jenis besar dan jenis kecil
  •  font berlainan muka taip
  •  garis halus dan garis kasar
  •  warna sejuk dan warna hangat
  •  tekstur licin dan tekstur kasar
  •  unsur  mendatar dan unsur menegak
  •  garis berjauhan dan garis berdekatan satu sama lain
  •  grafik kecil dan grafik besar 

    


 2.   Alignment (Susunan Lurus)Dalam prinsip alignment, setiap item yang hendak diletakkan dalam mukaperisian perlulah seimbang dengan muka perisian agar kelihatan menarik.Pembangun perisian seharusnya pandai menyusun item-item yang ingindipersembahkan supaya ia kelihatan seimbang. Dengan kata lain, dalamprinsip Alignment, item perlu disusun supaya tidak janggal. Item jugaperlu mempunyai kaitan secara visual antara satu sama lain di setiappaparan perisian.


    3. Simplicity (Mudah)Grafik dan animasi perlu ringkas dan dapat merangsangkan penggunamemahami maksud yang hendak disampaikan. Dengan kata lain sesuatubahan grafik dan bahan yang diletakkan di atas muka perisian seharusnyadapat memudahkan penerokaan dan merangsangkan pemikiran. Visualyang dipilih perlulah ringkas, bersesuaian dengan pengguna dan mudahdifahami. Dengan kata lain, penggunaan grafik dan elemen media dalamperisian yang dibina perlulah membantu pengguna melayari perisiandengan mudah. Sekeping gambar yang ringkas contohnya, lebih bermaknadari teks yang panjang lebar.

 

 4.     Proximity (Berhampiran)Dalam prinsip proximity item yang digunakan dalam muka perisianperlulah dikumpulkan pada satu kawasan, supaya pengguna dapat melihatkesinambungan yang wujud antara item. Pengumpulan item membuatkanpengguna merasa selesa kerana item-item yang berkaitan dilihat sebagaisatu kumpulan dan tidak terpisah-pisah. Oleh yang demikian, elemen iniakan menjadi satu unit visual daripada beberapa unit terpisah.
  


5.  Emphasis (Penekanan)Pembangun perisian perlu menggunakan cara tertentu bagi memberipenekanan terhadap perkara yang dirasakan penting. Pelbagai caradigunakan oleh pembangun perisian untuk menarik perhatian pengguna.Namun begitu adalah dinasihati supaya pembangun perisian tidakmenggunakan terlalu banyak elemen sampingan untuk menarik perhatianpengguna, yang mana akan menyebabkan tumpuan pengguna lebihkepada elemen sampingan.


  6.  Repetition (Pengulangan)
Dalam prinsip repetition terdapat satu piawai antara muka perisian supayapengguna akan dapat mentafsir dan memahami dengan mudah arahanyang diberikan oleh perisian. Pengulangan menggunakan persembahanmedia yang berlainan akan membantu pemahaman pengguna. Ini adalahkerana pengguna perisian terdiri daripada mereka yang mempunyaikecenderungan yang terhadap media
Pelbagai cara boleh digunakan untuk menarik perhatian penonton dan pengguna perisisan kursus termasuk:

  • saiz teks dan objek
  • bentuk teks dan objek
  • susun atur teks dan objek
  • warna teks, warna objek dan warna latar
  • grafik dan animasi 
  • saiz teks dan objek
  • bentuk teks dan objek
  • susun atur teks dan objek
  • warna teks, warna objek dan warna latar
  • grafik dan animasi 
  • saiz teks dan objek
  • bentuk teks dan objek
  • susun atur teks dan objek
  • warna teks, warna objek dan warna latar
  • grafik dan animasi






GUI (Graphical User Interface) pula merupakan program yang menggunakan elemen grafik seperti ikon untuk mewakili maklumat, arahan, fail dan juga program tertentu yang lain. Ianya menggunakan grafik yang menarik untuk menggantikan penggunaan yang berbentuk teks. Pengguna boleh mengawal segala aspek perkakasn dan perisian komputer dengan hanya menggerakkan dan memanipulasi objek atau ikon grafik yang dipaparkan pada skrin Contoh sisitem yang menggunakan GUI ialah Microsoft Windows.

  















                            






                                     Kelebihan GUI
  • Reka bentuk grafik yang lebih menarik
  • Membolehkan pengguna untuk berinterksi dengan komputer secara lebih baik
  • Memudahkan pengguna
  • Menarik minat pengguna
  • Resolusi gambar yang tinggi
  • Memahirkan pengguna dengan cepat
  • Menjimatkan masa
  • Mempelbagaikan cara untuk pengguna menggunakan aplikasi 
                     
                           Kekurangan GUI
  • Menggunakan saiz memori yang besar
  • Bergantung kepada peranti keras 
  • Memerlukan banyak tempat pada skrin komputer
  • Tidak fleksibel


Sunday, 2 December 2012

Refleksi Minggu Kesebelas

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Thanks you kerana sudi mengunjungi page ini.


Pada minggu ini,saya belajar cara membuat brousher.Saya ditugaskan untuk menghasilkan dua brousher dengan menggunakan aplikasi Microsoft Publisher dan Microsoft Word.Seterusnya disimpan melalui Microsoft Publisher dan PDF.

Dibawah ini adalah gambar dan cara-cara untuk membuat brousher melalui Microsoft Publisher.


                                                                              (1)



(2)


(3)






Brousher yang telah siap dihasilkan menggunakan Microsoft Publisher

                                                             Muka surat depan pamphlet

Muka surat belakang pamphlet



Broshure ataupun pamphlet adalah sebuah iklan untuk mempromosikan produk sesebuah organisasi.Pamphlet adalah buku kecil yang tak berjilid.Pamphlet hanya terdiri dari satu lembar yang dicetak di kedua permukaannya,biasanya dilipat di bahgian tengahnya menjadi 3 halaman ataupun beberapa halaman yang boleh,seperti 2 hingga 4 halaman.Penggunaan pamphlet dilakukan untuk pemasaran aneka produk dan juga untuk penyebaran informasi politik.Pamphlet sering digunakan kerana lebih mudah untuk difahami dan menjimatkan kos.Pemphlet adalah menggabungkan tulisan dan gambar untuk memberitahu kepada audiens dengan lebih jelas tentang sesuatu produk.Dalam hal ini saya memilih tajuk ONE-CYBER-C untuk membuat pamphlet.



 Dibawah ini adalah contoh bousher yang dihasilkan oleh saya menggunakan Microsoft Word.

                                                                Muka surat depan brousher

                                                          Muka surat belakang brousher


Sekian ini saja hasil pembelajaran saya pada minggu ini.
Thaks You kerana mengunjungi halaman ini,
See U Next Week.