Wednesday, 21 November 2012

Refleksi Minggu Kesepuluh



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

        Seperti minggu-minggu sebelumnya pada hari khamis merupakan kelas komputer dalam pendidikan.Pada hari ini saya belajar multimedia dalam pendidikan.Maksud MULTIMEDIA terbahagi kepada dua iaitu MULTI bermaksud pelbagai dan MEDIA pula satu platform perhubungan.MULTIMEDIA pulasatu alat perhubungan yang pelbagai yang merujuk kepada alat elektronik,cetak dan lain2.Antranya ialah komputer,surat khabar dan sebagainya.


Elemen multimedia ialah:
a)Teks
b)Video
c)Grafik
d)Audio
e)Animasi








         Saya ditugaskan untuk meneroka LIMA aplikasi untuk menghasilkan produk multimedia.
 Antaranya ialah:
a)Smart Art(Powerpoint)
b)Paint
c)Online Google Draw
d)Open Office Draw
e)GIMP(GNU Image Manipulation Program)














Format grafik yang boleh digunakan untuk membina multimedia or visual.
Antaranya ialah:
a)JPEG

b)PNG
c)BMP
d)GIF (Grafik Interchange Format)
e)TIFF(Tagged Image File Format)






              Kualiti gambar yang disimpan menggunakan aplikasi bmp sangat berkualiti kerana resolusinya tinggi dan file bagi bmp adalah besar.Walaubagaimanaun,bmp memerlukan ruang yang besar untuk menyimpan sesuatu gambar. JPEG file lebih kecil dan menjadi pilihan orang ramai untuk meyimpan gambar dalam format JPEG.Walaubagaimanapun gambar yang disimpan menggunakan JPEG akan berpecah-pecah apabila dizoomkan.
         Sekiranya anda ingin menggunakan gambar yang transparent latar belakangnya , mereka boleh menggunakan gambar yang disimpan menggunakan format file PNG.Gambar yang menggunakan  file ini sesuai bagi pengguna terutama pelajar untuk membuat slide perbentangan.


    Format grafik  lain:
    a)WMF-Window Meta File yang berfungsi untuk membesarkan gambar tanpa hilang kualitinya.
    b)RGB-Red Green Blue formasi warna asas yang digunakn dalam alat elektronik seperti TV & komputer.
    c)CYMK-Cyan,Yellow,Magenta.


     


                           





                               






    Warna-warna ini digunakan untuk printing khususnya.



            Akhir sekali,setelah saya terdedah dengan aplikasi ini,saya ditugasan untuk menggunakan aplikasi microsoft powerpoint dan paint.Saya berjaya menghasilkan gambar dengan menggunakan aplikasi ini dan disimpan mengikut format yang dikehendaki,antranya BMP,JPEG,PNG dan lain2.

    Sekian ini sahaja refleksi saya pada minggu ini,
    sekian terima kasih kerana sudi melawat ke laman ini.


    Thursday, 8 November 2012

    Refleksi Minggu Kesembilan

       
    Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


            Pada minggu ini,saya belajar mengenai kaedah menganalisis hasil dapatan kajian dengan menggunakan data kuantitatif dan kualitatif.Kedua2 kaedah ini mempunyai perbezaannya  yang tersendiri.Antaranya data kuantitatif lebih bersifat numeric iaitu yang melibatkan dengan nombor dan peratusan,bagi data kualitatif pula ia lebih bersifat penulisan dan penceritaan yang x melibatkan ujian statistik.
                                                          







     Contoh Data Kuantitatif 








          Bagi data kualitatif penyelidik perlu membuat penelitian secara teliti sebelum membuat inteprestasi terhadap data yang dikumpul seperti 'melihat,mendengar dan memahami'.
    Contoh data yang terlibat ialah:
          >T/bual
         >Observasi/pemerhatian
         >Dokumen bertulis(artikel,diari dan sebagainya)
         >Cetakan daripada perbincangan atas talian    (blogs,FB,ifolio dan sebagainya)



    Prinsip-prinsip Menganalisis Data Kualitatif
    >Melibatkan data reduction (meringkas dan mengurangkan data / kata kunci "coding")
    >Fleksibel (baca berulang-ulang kali )
    >Melibatkan interprestasi penyelidikan (baca apa yang difahami keluarkan satu k.kunci)
    >Berbentuk string(temubual)
    >Berbentuk naratif (ayat panjang lebar)

    Proses Analisis Data
    1)Manual
      >kurang drpd 500m/s
      >Penyelidik merasa dekat dengan data(sangat memahami)
    2)Komputer

    Proses Analisis
    1)Baca data keseluruhan
      >maklumat baca seimbas lalu.
      >ayat 1,2 dan seterusnya
      >Catat isi2 penting.
    2)Kategorikan k.kunci yang kecil masukkan kepada lebih besar.
    3)Analisis semua k.kunci tersebut dan bina tema.
    4)Buat tema muktamad.
    5)Persembahkan hasildalam rajah pokok atau peta minda.








                                                   Contoh Rajah Pokok yang telah dibina


      Kesimpulannya, gambar rajah pokok ini perlu upload  ke dalam dropbox dan yahoogroup.

    Sekian terima kasih kerana sudi melawati halaman blog ini..
      Jemput datang yea minggu-minggu seterusnya..

    Refleksi Minggu kelapan



    Sirih berlipat sirih pinang
      Sirih dari Kuala Segan
    Pemanis kata selamat datang
        Assalamualaikum saya ucapkan.

             Minggu kelapan kelas komputer dalam pendidikan,pensyarah saya memberi penerangan tentang Statistical Package for the Social Science (SPSS).SPSS membantu saya menganalisis dan membuat output, dengan menghasilkan  carta pai dan histogram.



    Contoh-contoh SPSS

    Saya menggunakan SPSS untuk menganalisis data yang telah diperolehi berdasarkan soal selidik yang dilakukan oleh saya dengan mengunakan Survey Monkey.


    Empat komponen Aplikasi SPSS:
    *Data editor(excel)-membaca apa yang telah dimasukkan
    *Output view-Buat graph pilihan
    *Syntax editor-Mengesan kesalahan
    *Script window

    Data2 ini memberi kemudahan untuk menganalisis data bagi tujuan soal selidik.



    Data editor merupakan sistem untuk menyunting,memasukkan data,menentukan dan mengumpul data yang diperolehi melalui soal selidik.Dua komponen utama  dalam data editor ialah data view dan variable view.Perkara yang diperlukan untuk mengisi ruang kosong colum data view adalah seperti berikut:
    * Name
    *Type *Width
    *Decimal *Label
    *Values




    Setelah data lengkap diisi dengan maklumat yang diperolehi.Oleh itu,saya menggunakan menu analyze yang terpapar pada toolbar,saya memperolehi analisis data dalam pelbagai bentuk seprti graph,carta pai,histogram bar dan lain-lain.









    Dengan mengunnakan graf ini,ia memudahkan kerja saya untuk menganalisis data tersebut.
    Gambar rajah diatas merupakan contoh-contoh data yang saya memperolehi semasa membuat kajian.





                                             Sekian ini sahaja coretan untuk minggu ini.
                                       Terima kasih kerana sudi mengunjungi halaman ini.
                                                        >>see u next time<<<

    Sunday, 4 November 2012

    Refleksi Minggu Ketujuh




    Melati kuntum tumbuh melata,
    Sayang merbah di pohon cemara,
    Assalammualaikum mulanya kata,
    Saya sembah pembuka bicara.      

          Berjumpa lagi kita pada minggu ini dalam coretan blog ini dengan tajuk yang berlainan daripada minggu lepas.Berrtemu kembali kita setelah lama bercuti,kita bertemu kembali,pada minggu ini Saya dan classmate diberi tugas untuk membuka akaun Survey Monkey.Saya ditugaskan untuk membuat soal selidik mengikut kumpulan minggu sebelumnya,iaitu Nazri Muslim.Kami ditugaskan untuk mencipta 10 soalan berkaitan dengan tajuk yang kami bentangkan pad minggu sebelumnya.seterusnya kami ditugaskan untuk memberir soal selidik kepada rakan sebanyak yang mungkin dengan pelbagai cara.




      
    Survey Monkey adalah aplikasi yang membantu orang ramai untuk melakukan soal selidik dengan lebih mudah,pantas dan berkesan tanpa memberi edaran kertas (soalan soal selidik) kepada orang ramai.Survey Monkey ini merupakan proses di atas talian dan pengguna boleh mendapatkan data  serta analisis dengan  lebih pantas yang diberikan respondan dengan menggunakan Survey Monkey ini.
    Cara-cara membuka akaun Survey Monkey bagi tujuan membuat soal selidik.



      

    Cara membuat soalan untuk soal selidik,anda boleh melihat gambar rajah di atas..


    Contoh soalan yang telah siap dibuat.


    Cara untuk respondan menjawab soal selidik.




    Cara untuk mendapatkan keputusan soal selidik yang diberikan oleh responden.Anda boleh mendapatkan anlisis data yang telah dibuat oleh sistem ini.Anda boleh melihat gambar rajah diatas sesbagai contoh.


    Gambar rajah diatas menunjukkan data-data yang telah terkumpul dan analisis serta keputusan respondan yang telah menjawab soalan soal selidik saya.


    Sekian ini sahaja refleksi saya pada minggu ini.
          Sekian terima kasih kerana mengunjungi blog saya..