Tuesday, 25 September 2012

Falsafah Pendidikan Negara


                                  FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA


"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dekenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara.
Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi cirri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik.
Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia.
FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.
Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti.


Sumber : 50 Tahun Pembangunan Pendidikan Tinggi di Malaysia (1957-2007) -Penerbit USM, 2007

         

Monday, 24 September 2012

Hidup Baru di Universiti






  Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada hari ini 22 sept 2012 sy nk kongsi pengalaman berada di univ ni...Mula masuk UKM ni thn 2012/2013 FPEND sukan dan rekreasi.Tak tahu la camner nk ungkapkan perasaan masa tu.Happy ada,sebab sya lelaki pertama dalam keluarga  boleh masuk u.Tapi slalu homesick la tika bru smpai u ni,coz sy jarang berjauhan ngan family terutamanya dengan adik bongsu n kedua bongsu,skolah pun dkt umah je BACHOK KELANTAN,layak ke sebuah ipta sebelum ini program diploma tapi sya pilih FORM SIX kerana x sanggup berjauhan dengan family ketika itu(2010),kini sudah tiba masanya sya  meninggalkan kampung halaman dan keluarga kerana mempunyai tugas yang lebih penting iaitu untuk menuntut ilmu d UKM dan seterusnya berbakti kepda kluarga,masyrkat dan ngara.

   First time duk hostel memang rasa sebak gak,sebab semua kena buat sendiri,biasa kalu kat umah mak yang tolong memasak,p ad juga la sya tolong mak didapur.Saya datang dari pantai timur , jauh lak tu(Kelantan-Selangor) hmm 9jam masa perjalanan dengan bas,sya dtang k UKM DEnGAN ayah je ktika itu,mak dan adik2 xdpat dtg time 2..Mula2 masuk u ni, Alhamdulillah, sy x begitu mengalami culture shock,sebab sya dah biasa hidup di sini buat ktika dlu 2010.Sy jenis agak pendiam,p kalu da biasa sya yang lbih2 pula,hehhe.So, mula2 agk x selesa dgn coursemate yg sembang2 kosong, bising time lect xmasuk.Tapi lama2, sy fikir, i have to make frens wif people.tp sy sgt berhati2 takut tersilap pilih kawan.Alhamdulillah, coursemate sy baik,majoritinya Kelantan dan Terengganu,.sebelum masuk u ni, kakak2 sy pesan mcm2,duk u ni, kena pandai bawa diri,jangan ikut org, coz, kat u ni, x mcm skolah.Skolah suma cikgu jaga,kat u ni, agak free la,nk gi kelas ke, tak nak ke, ikut suka,nak wat asigmen ke, tak nak ke pun ikut suka.risiko,sendiri tanggung.


  Bab duit plak, betul2 kena pandai manage,skolah dulu, parents yg uruskan yuran, keperluan harian, makan minum.Duk u plak,pinjaman PTPTN pda setiap awal sem,skarng ni pom sya blum dpat lg ni,sya bukannya orang berada nak minta bnyak2 dengan parents>so pandai2 la manage duit tu untuk digunakan sepanjang satu sem (biasanya dalam 5 bulan satu sem).yuran, buku2, belanja,kena manage betul2,kalu duk berjoli je,mmg sengkek cepat aa.kalo dah pokai gak, terpaksa mintak kat parents plak, abg2 plak.malu gak kdg2.emm....selama sebulan kat sini, ntah berapa org dah sya dgr kandas, x dapat meneruskan pengajian,itu yg sgt2 sy minta dijauhkan.cikgu sy cakap, "jangan awak betray or khianati ibu bapa kamu," camner tu cikgu? "yer lah, parents kamu kerja siang malam, cari duit, untuk sara kamu di skolah and u, kamu kena la blaja betul2, bawa diri betul2, jgn libatkan diri dgn prkara2 yg boleh membuatkan kamu terkandas di tengah jalan...bila kamu dah disingkir keluar dari u, kamu dikira mengkhianati ibu bapa kamu..." hancurlah harapan mereka tuk lihat kamu berjaya...sia-sia lah penat lelah mereka mencari duit untuk sara kamu... uwaa....sediih raasaa.... 


    Mudah2an sy dapat menamatkan pengajian saya yg berbaki 4 tahun lagi.Sy tak nak khianati ibu bapa sy, kakak2 dan abg2 sy.Doa sy, mudah2an Allah mudahkan urusan sy dan shbt2, jaga kami dari perkara2 yang x di ingini....ameen.apa yang penting:
JAGA DIRI, JAGA PERGAULAN, INGAT ALLAH SELALU, INGAT MAK AYAH, ADIK BERADIK.JANGAN MUDAH IKUT ORANG.hrap mak dan sentiasa sihat d kmpung,i LOVE and MISS MAKdan AYAH. Insyallah sya akn menjadi manusia berguna d univsti ini."ya Allah ku x lyak ke syurga-Mu,namun tak pula aku sanggup ke nerka-Mu..Kamilah hamba yang mengharap belas dari-Mu....ya Allah jadikanlah kami hamba2-Mu yang bertaqwa......ampunkan dosa2 kami,kedua ibu bapa kami,dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia''..


 Hidup di univ ni bergantung pada diri sendri, tak ada masa lagi untuk bergantung pada org lain.So,setakat ini sja luahan hati saya sepanjang berada d  kampus.Insyallah akan ad lg hari2 sterusnya.


Wallahualam bissawab,
sekian terima kasih.


. 


Wednesday, 19 September 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu 1 dan 2





Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada 13 September 2012 telah membuka mata saya bahawa bidang ICT ini amat penting.Oleh itu saya nekad untuk berkecimpung dengan serius dalam bidang ini. Pada minggu pertama pembelajaran  kelas Komputer Dalam Pendidikan (GGE1155) saya dikumpulkan dalam satu kumpulan dibawah pengelola Pn.Fariza binti Khalid.Pn Fariza telah memberi keterangan tentang subjek GGE1155.Selepas itu saya ditugaskan untuk mendaftar akaun e_mel yahoo dan google.Alhamdulillah saya dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan sempurna dengan bantuan Pn Fariza dan rakan-rakan.Setelah selesai mendaftar akaun e_mel saya ditugaskan membauat signature pada akaun e_mel yahoo dan google.Disamping itu juga, saya telah menemui rakan-rakan daripada pelbagai lapisan masyarakat. Saya juga bersyukur kerana telah memperolehi seorang pensyarah yang sangat baik hati dan sentiasa mencurahkan ilmu kepada saya dan rakan-rakan semua.Apa yang saya inginkan pada minggu pertama adalah memahami subjek GGE1155 dengan jelas dan membawa sebuah kejayaan.Bak kata pepatah "Datang dengan HARAPAN pulang dengan KEJAYAAN".


 Bermulanya  minggu kedua bersama dengan Pn.Fariza dalam kelas yang sama dengan minggu sebelumnya merupakan detik yang indah kepada saya kerana dapat mempelajari ilmu ICT yang baru buat diri saya.Pada hari ini saya telah mula membuka akaun blogger dengan bantuan Pn Fariza dan rakan-rakan.Dengan adanya blog ini,saya dapat berkongsi pengalaman dan ilmu dengan seluruh lapisan masyarakat.Disamping itu, Pn Fariza juga telah memberi keterangan cara-cara menggunakan blog.Contohnya link merupakan pautan untuk mencari sesuatu alamat.Akhir sekali,kami ditugaskan untuk memasukkan maklumat diri dalam database.Kini saya dapat bekecimpung dalam bidang ICT hasil pembelajaran saya selama ini.Saya mengharapkan minggu ke-3 dan minggu-minggu seterusnya saya dapat menimba ilmu sebanyak mungkin dengan bantuan dan tunjuk ajar daripada pensyarah dan juga rakan-rakan.



   
 Sekian terima kasih.